Thursday 31 May 2012

~botol susu faQieh~

ASSALAMUALAIKUM...


mmm lama tak tulis blog...bukan tak ade idea...cuma wireless tak mengizinkan...
dah lama tak balik kelantan..HOME SWEET HOME...syoknya duk kat umah...

walaupun rumah dah macam tongkang pecah..(faqieh punya kerja) tapi aku tak kisah...
biasa la budak nak membesar...hehehe

tengok burger, dia nak makan burger, tengok maggi, dia pun nak makan maggi....
adoiiii...hehehe

aku pun bagi la seurat dua...dia makan, sedut2...comel~ ^___^
aku dah taknak bagi dia makan, dia marah2...

tapi aku suruh dia minum susu...dia boleh baling masuk.........tengok gambar bawah...










akibatnya, aku xboleh nak makan...berlapar la malam ni...adoiii...
faqieh...faqieh...faqieh...
~ipah sayang faqieh~
~i <3 u~

be hepi n alwaz smile  :)
Wallahualam~

Monday 21 May 2012

ferrero rocher

ASSALAMUALAIKUM...

yeye...ada orang bagi Ferrero Rocher...walaupun 1 je..tapi hehe XieXie :)

sayang la pulak nak makan..nak simpankan..hish...
lain kali..bagi lagi eh...  :p semoga Allah membalas jasa baik kamu..
be hepi n alwaz smile :)
Wallahualam~

Friday 18 May 2012

~saKit~

ASSALAMUALAIKUM...

Apabila kita sakit ,kita akan : ~

~ lebih menghargai tentang kesihatan
~ l
ebih berhati2x dalam hidup 
~Lebih bersyukur
~ lebih ingat pada ALLAH
~ lebih beribadah kepada Allah
~ lebih ingat pada"MATI"


be hepi n alwaz smile :)
Wallahualam~

Tuesday 15 May 2012

~mulakan harimu dengan Bismillah~

ASSALAMUALAIKUM...

manusia sering alpa tentang perkara asas sebelum melakukan aktiviti harian, kerja, bersukan, belajar,makan walhal dalam menjawab peperiksaan...perkara paling asas, penting dan membawa kepada keberkatan Allah...iaitu kalimah Bismillah~

Bismillahirrahmanirrahim....Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...





sebelum melakukan sesuatu perkara, kita hendaklah memulakan dengan niat yang baik dan dengan lafaz Bismillah...barulah perkara yang dikerjakan itu lebih bermakna dan mendapat berkat...sedangkan niat kita itu sudah mendapat pahala (PS:yang baik sahaja!!) apatah lagi dengan lafaz Bismillah...

sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu yang tidak kita ketahui...
be Hepi n alwaz smile :)


Wallahualam~

Friday 11 May 2012

~HaRi iBu~

ASSALAMUALAIKUM...

aku masih bisa meraikan hari ibukan...walaupun ma sudah lama meninggalkan aku..hampir 5 tahun..tapi tak salah rasanya aku meraikan lagi...ramai kata berdosa ke, xsalah ke raikan hari ibu..adakah kita terlalu mengikuti budaya mereka yang hampir menjajah minda dan emosi kita...

bagi aku, hari ibu bukan hanya tertumpu pada hari itu sahaja,, bagi aku tak ada tarikh yang tetap untuk hari ibu mahupun hari bapa..bagi aku setiap hari itu hari ibu...setiap hari itu hari bapa...

selamat hari ibu ma...mintak ampun dan maaf...ipah tak sempat melunaskan tugas dan tanggungjawab sebagai anak, anak sulung perempuan...ipah akan sentiasa kenang jasa, pengorbanan dan penderitaan ma selama 5 tahun sakit buah pinggang...dan keluarga kita...

mereka di luar sana bisa melihat aku kuat, tabah, tak sedih pun bila aku ceritakan semula..tapi di sudut hati dan kalbuku..hanya Allah yang tahu..aku juga manusia yang lemah dan sama seperti mereka, aku juga mempunyai hati dan perasaan..sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...bersyukur lah dengan apa yang ada...jagalah mereka, sayangilah mereka, lindungilah mereka, ziarahilah mereka, balas segala jasa dan pengorbanan mereka..

tanpa mereka, kita takkan pernah berkesempatan melihat dunia tanpa izin Allah...jangan menyesal di kemudian hari....aku sangat merindui mereka...sangat...sangat...tapi aku dah tak boleh melihat mereka, mendengar suara mereka, leteran mereka, senyuman mereka, kasih dan kehangatan mereka memeluk dan menyayangi kita.....melindungi kita...tapi aku tau aku tak selamanya bisa lemah dalam melawan rasa sedih dan pilu...mereka telah pergi..pergi bertemu Sang Pencipta yang Hakiki...

semoga mereka damai di sana..Ya Allah, ampunilah segala dosa dan kekhilafan mereka, sayangi dan kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihi kami sejak kecil, cucuri lah rahmat ke atas roh mereka, lapang dan terangilah mereka di alam sana, tempatkanlah nanti Ayah Ibu kami di tempat paling indah bersamaMu....Amin~

be hepi n alwaz smile :)
Wallahualam~

Wednesday 9 May 2012

~mY pRincE~

ASSALAMUALAIKUM...

Mohd Alif Faqieh Bin Mohd Iramzy
lelaki 
1 tahun 4 bulan 19 hari
Bujang
10231203****
Tumpat, Kelantan
Ungraduated
Tidak ada pengalaman pekerjaan
Tidak pernah bercinta
berminat untuk mencari 'kawan' baru
no telefon??? 01*-9******
Facebook?? maaf, tiada
ini gambar terbaru :)




COMEL TAK???
hehehe :D


be hepi n alwaz smile :)
Wallahualam~

Sunday 6 May 2012

~kek~

ASSALAMUALAIKUM...

 tetiba je aku rasa nak makan kek....nak tunggu ulang tahun sendiri lambat lagi..terima kasih kat sahabat2 aku yang telah belikan aku kek coklat secret recipe untuk ulang tahunku...suka..suka..suka..

ini bukan gambar sebenar..tapi bila tengok je,dah rasa nak makan :)


be hepi n alwaz smile :)
Wallahualam ~

Wednesday 2 May 2012

~joDoh~

ASSALAMUALAIKUM...

siapalah bakal suamiku....sememangnya aku ingin menghabiskan masa remajaku secepat yang mungkin... sebab aku takut..takut dengan azab Allah..kenapa pulakkan??..contohnya.. mereka yang menjadi pasangan kekasih tu keluar bersama, tengok wayang, makan, jalan-jalan itu...kalau mereka jalan asing2 takpe la juga..ni nak pegang2 tangan, peluk2..pe ke henye yop..jadi aku taknak..aku taknak kata2 tu balik pada aku semula...Allah itu maha Adil...

sejak 2 menjak ni..hati aku rasa nak ehemm bercinta ni semakin kuat..hehehe..kawan2 selalu duk ejek aku..tapi aku tak kisah pun..sebab aku tau mereka nak bergurau je..aku ni selalu je..dalam kelas, masa matrik, sekarang kat U..asyik ade love line je..tapi benda tu tak pernah jadi kenyataan..aku tak mintak..tapi benda ni jadi sendiri..betapa kuat Allah menguji aku.. :) tu tanda Allah sayang padaku.. insyaAllah...

tak salahkan kalu aku jatuh sayang pada seseorang padahal orang tu mm mungkin xsuka kat aku..mungkin...ye la, kita kena berusaha..aku dah berusaha...sikit...hehehe.aku dah buka jalan untuk dia..banyak kali pulak tu..tapi setakat ni tak berjaya..takpe..entah la..aku ni pagi, petang, malam asyih teringat kat dia je..sampai terbawa2 dalam mimpi..aku takut...

adakah ini perasaan sebenar, yang suci lahir dari hatiku??...yang dianugerahkan Allah untukku..atau sekadar mainan hati, hasutan syaitan laknatullah yang sememangnya sentiasa ingin melihat anak Adam itu jatuh terjerumus dalam maksiat dan membuat dosa??...aku takut...

dalam setiap sujudku, dalam setiap doaku..aku sentiasa berdoa pada Allah agar Allah tetapkan hati ku...jika dia bukan milikku, dan ini hanyalah salah satu agenda syaitan, maka jauhkan lah dia dariku...hapuskan perasaan ini..agar aku dan dia dapat terus menjadi kawan...sememangnya dari kawan boleh jadi sahabat..tapi bila sahabat itu lelaki, maka ia bisa bertukar menjadi kekasih hati..tapi bukan senang nak jadi sahabat dan kawan kembali.....


namun jika dialah jodohku, bakal imamku dan aku lah pemilik rusuk kirinya..maka Allah, dekatkan lah dia, satukan hati kami dalam satu ikatan yang halal dan suci atas niat kerana Mu Ya Allah...
kita perlu berusaha namun segalanya aku serahkan kepada Allah..Dia lah yang maha mengetahui segalanya...Dia tau apa yang terbaik untukku... :)

'bila dia menjauh,
bila masa membina jarak,
dan jarak membina tembok.

jangan pernah lupa bahawa kita pernah bertanya pada DIA tentang dia,
jangan lupa bahawa kita pernah meminta DIA menjauhkan dia,
bila dia bukan untuk kita.

maka bila dia semakin jauh,
mungkin ini petunjuk dariNYA.
belajarlah kembali menjalani hari dengan sendiri,
belajarlah menerima dengan redha dan lapang dada,
kerana aturan Allah lebih indah dan baik dari yang dijangka.

jangan pernah lupa,
semua hanya boleh berlaku dengan izin dan redhaNYA.
maka bila bukan namanya yang tertulis dalam rencanaNYA,
maka, biarlah DIA menjarakkan dia dari kita.'

namun jika dia lah jodoh kita..
walaupun sejauh mana dia berlari,
sejauh mana masa dan jarak memisahkan
dia tetap akan kembali
mengisi hati dan kehidupan kita
dengan kalimah Allah
insyaAllah
:)

be hepi n alwaz smile :)
Wallahualam~

Tuesday 1 May 2012

~kenangan indah~


ASSALAMUALAIKUM...

penat tu tak payah cakap la....penat tapi menyeronokkan :)
jumaat 27 april 2012...pagi tu de lab mikrobiologi dari pukul 8.30 sampai 11~11.30 pg...
yang dirancang menjadi...dalam pukul 12 kami (aku, fizah, su, fatimah) memulakan operasi...
jalan2 ditengah panas terik sambil makan angin...sampai kembung...hehehe

destinasi pertama RiYaz...tiba2 ada PCFair kt sana...rasa pelik pun ada..hotel dijadikan tempat PCFair ??? tempatnya tak sebesar mana...RM10 je aku habiskan beli 3 barang...yang aku suka..tempat sekitarnya cantik sangat..dengan sungai terengganunya...dengan kapal2nya...dengan cuacanya yang ok, awan yang cantik...memang cantik tempat tu..jadi kami jadikan tempat tu lokasi pertama pengambaran kami..






lepas tu, kami pergi masjid kristal..3 tahun duduk kat Terengganu, aku takpernah menjejakkan kaki kat sana..mm best tu best tapi..disebabkan Nadiah dan Ekin tak pergi..tambah bayaran masuk pun mahal, aku pun tak jadi la masuk..tengok kat luar je dan sembahyang Zohor dalam masjid Kristal tu..



destinasi ketiga ialah Muzium Terengganu..de cerita disebaliknya..tapi disebalik cerita itu, kami xdapat nk tengok dan masuk ke dalam muzium tu...sedihnya.....jadi terpaksa bergambar kat luar je...


destinasi terakhir ialah..Pantai Batu Buruk..tapi rasa malas nak letak gambar tu...wireless tak membenarkan..hihi..teruk!...pape pun kitorang suka sangat walaupun banyak dugaan yang terpaksa dihadapi masa tu, balik kusza pun dah hampir 7.30 malam...tapi Alahamdulillah..Allah permudahkan :) harap2 lepas ni kitorang semua dapat pergi lagi  :D

be hepi n alwaz smile :)
Wallahualam~