Saturday, 31 March 2012

~perpustakaan~

ASSALAMUALAIKUM~

Setiap hujung minggu, aku mesti habiskan separuh hariku di perpustakaan UniSZA..
almaklum la kat bilik tak dapat wireless..kalau dapat pun mase kelas takpun tengah2 malam...
kadang2 letih juga layan wireless kt bilik ni....tapi nak wat camne..terima la..

berbalik pada hal perpustakaan...aku pergi dalam pukul 11 pagi..setelah bersarapan nasi dengan ayam celuk tepung kat kafe asrama baru....(terjumpa budak kelas, tanya nak buat macam mane discussion lab report, padahal aku sendiri tak siap lagi...sori amir~)

keadaan dalam perpustakaan tu sungguh tenang, takde gangguan dari manusia2 yang datang sini nak belajar...kira ok la,dapat la belajar, buat kerja dan online pada mase yang same...hehehe :D
wireless kat perpustakaan tu??tak payah cakap la....mmm penuh lima bar..lagi aku seronok online, update status ni, itu...

yang aku nak cakap kat sini...ini la suasana perpustakaan dari pukul 11 hingga 3 petang....





totally emptied.....macam ni la keadaannya....ramainya pelajar kat bahagian komputer di bilik sebelah...tapi aku faham...ramai pelajar tak mampu nak beli laptop, jadi perpustakaan juga merupakan 1 medium dan tempat untuk pelajar guna komputer, untuk siapkan segala laporan minggu ni yang nak di hantar minggu depan..sambil2 online ..  :p

biasa la, sekarangkan tengah hujung minggu, setelah lima hari kita belajar..perah otak untuk belajar, siapkan laporan, terlibat program itu, ini...hujung minggu la, kita dapat rehatkan badan, otak dari segi fizikal dan mental...

dah la tak boleh balik kampung...rindu tu tak payah cakap la...susah nak digambarkan...
tapi sedar tak sedar..ni la minggu terakhir kitaorang sebelum cuti pertengahan sem...
walau seminggu tu tak cukup..tapi Alhamdulillah...asal dapat balik,walau sekejap.. :) tu pun dah memadai....

dalam mase 5 jam kat sane, akhirnya siap laporan aku, sempat lagi aku muat turun zikir2 yang boleh tenangkan jiwa aku yang tension dengan belajar...insyaALLAH, Allah sentiasa akan bersama kita dan membantu kita ketika susah mahu pun senang...aku yakin itu....

segala yang buruk itu datang daripada kita, hamba yang lemah...
segala yang baik datang daripada Allah, TUHAN yang MAHA Besar, Maha mengetahui sesuatu yang tidak kita ketahui....
be hepi and alwaz smile :)
Wallahualam~

2 comments:

Ayuni said...

ha, tau dh aper dier wat kt saner!

puteri said...

hehehehe....3 in 1...