Tuesday 9 October 2012

~bzday Hafizah Tamagi~

Assalamualaikum....

08101990..
tarikh keramat dimana seorng bayi dilahirkan dan diberi nama NurHafizah Tamagi...
08102012
tepat umurnya 22 tahun, comel, bijak, rajin, berdedikasi, ber inovatif, hehe n soon..

Selamat Hari Lahir p-jah :p
#semoga panjang umur
#dimurahkan rezeki
#selamat ddunia n akhirat
#sentiasa diberkati Allah
#GUD LUCK ~ p(^____^)q !! AJA FIGHTING !
#alwayz smile..





be hepi n alwaz smile
Wallahualam~

Sunday 16 September 2012

FareWell paRty

Assalamualaikum...

setelah hampir 2/3 bulan aku tak update blog, tiba2 terasa nak mengarang sikit hari ni.. Kali ini pasal majlis perpisahan dengan Dr Azlina, pensyarah subjek parasit.. mm beliau akan melanjutkan pelajaran beliau dalam peringkat PHD di UK..sedih memang sedih tapi, demi masa depan beliau sekeluarga, nak tak nak kena lepaskan...

Jumaat lepas, kami 1 kelas buat majlis perpisahan dirumah Dr.. makan2, main dengan Nidal (anak Dr.), borak2, ambik gambar..bila lagikan...bulan 10 ni Dr dah mula bercuti dan tak ada kat sini...

semoga semuanya baik2 saje, belajar rajin2 Dr..hehehe semoga selamat, berjaya dan Nidal jangan nakal2 kat sana...kecik2, dah boleh pergi UK..hehe..so lucky...

InsyaAllah, umur panjang, kite jumpa lagi...lagi 3/4 tahun akan datang...



be hepi n alwaz amile  :)
Wallahualam~

Thursday 7 June 2012

~Alhamdulillah~

ASSALAMUALIKUM...


ALHAMDULILLAH...THANK YOU ALLAH...
sesungguhnya Allah lebih tau apa yang terbaik untuk kita...
belajar lah bersyukur....dengan apa yang ada...
mungkin sekarang kita tak nampak hikmat di sebalik kesusahan, keperitan, kepayahan, dan kekecewaan...tapi jika kita menghadapinya dengan ikhlas, sabar, bersyukur dan selalu meminta kemudahan dariNya..Sesungguhnya walau sebesar zarah keikhlasan, kesungguhan, dan kerja kita, tapi Allah maha melihat...
oleh itu, jangan lah selalu merungut, pandanglah semua perkara itu dari sudut positif...ok?  :)

jangan terlalu berharap kasih sayang dan perhatian orang lain, kerana tak semua manusia itu sama.. tapi jika kita selalu berharap kasih sayang Allah, maka Allah lagi sayang kepada kita..sebab apa???..sebab Allah itu MAHA Satu..tiada yang lain...jika kita sayang Allah..maka Allah akan sayang kita...dan yang lain akan menyusul dengan kehendaknya~  :) jangan risau ehhh...



be hepi n alwaz smile :)
Wallahualam~



Tuesday 5 June 2012

~Transit planet Zuhrah~

Assalamualaikum...

seronoknya hari ni... :D aku bersama kengkawan (fizah, nadiah dan ekin) dan my lovely rumate...
kitorang ramai2 pergi kat kawasan memanah UniSZA, untuk tengok 1 kejadian alam (salah 1 ciptaan Allah), Transit Planet Zuhrah yang hanya berlaku dalam tempoh 105 tahun..pada tahun 2004, kejadian ini pernah terjadi, namun 8 tahun kemudian, pada tahun 2012, ia berulang..dan kejadian ini akan berlaku lagi pada 105 tahun kemudian, iaitu pada tahun 2117..masa tu, kita pun entah kat mana..hehehe :D

jadi, ak rasa rugi sangat2 kalau aku terlepas peluang untuk menyaksikan kejadian alam ini..macam2 cara dan teleskop yang kitorang guna untuk tengok..berebut 2 xpayah cakap la....sampai beratur memanjang ke belakang..ye la, teleskop yang adanye cuma 2/3 jer, yang nak tengok beratus2...sabar je la.. :)



































jarang kita dapat lihat lagi kejadian seperti ini..Subhanallah~ Ya Allah sememangnya Besar Keagungan dan Ciptaan Mu..Tiada Tolok Bandingnya... :)
be hepi n alwaz amile  :)
Wallahualam~

Thursday 31 May 2012

~botol susu faQieh~

ASSALAMUALAIKUM...


mmm lama tak tulis blog...bukan tak ade idea...cuma wireless tak mengizinkan...
dah lama tak balik kelantan..HOME SWEET HOME...syoknya duk kat umah...

walaupun rumah dah macam tongkang pecah..(faqieh punya kerja) tapi aku tak kisah...
biasa la budak nak membesar...hehehe

tengok burger, dia nak makan burger, tengok maggi, dia pun nak makan maggi....
adoiiii...hehehe

aku pun bagi la seurat dua...dia makan, sedut2...comel~ ^___^
aku dah taknak bagi dia makan, dia marah2...

tapi aku suruh dia minum susu...dia boleh baling masuk.........tengok gambar bawah...










akibatnya, aku xboleh nak makan...berlapar la malam ni...adoiii...
faqieh...faqieh...faqieh...
~ipah sayang faqieh~
~i <3 u~

be hepi n alwaz smile  :)
Wallahualam~

Monday 21 May 2012

ferrero rocher

ASSALAMUALAIKUM...

yeye...ada orang bagi Ferrero Rocher...walaupun 1 je..tapi hehe XieXie :)

sayang la pulak nak makan..nak simpankan..hish...
lain kali..bagi lagi eh...  :p semoga Allah membalas jasa baik kamu..
be hepi n alwaz smile :)
Wallahualam~

Friday 18 May 2012

~saKit~

ASSALAMUALAIKUM...

Apabila kita sakit ,kita akan : ~

~ lebih menghargai tentang kesihatan
~ l
ebih berhati2x dalam hidup 
~Lebih bersyukur
~ lebih ingat pada ALLAH
~ lebih beribadah kepada Allah
~ lebih ingat pada"MATI"


be hepi n alwaz smile :)
Wallahualam~

Tuesday 15 May 2012

~mulakan harimu dengan Bismillah~

ASSALAMUALAIKUM...

manusia sering alpa tentang perkara asas sebelum melakukan aktiviti harian, kerja, bersukan, belajar,makan walhal dalam menjawab peperiksaan...perkara paling asas, penting dan membawa kepada keberkatan Allah...iaitu kalimah Bismillah~

Bismillahirrahmanirrahim....Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...





sebelum melakukan sesuatu perkara, kita hendaklah memulakan dengan niat yang baik dan dengan lafaz Bismillah...barulah perkara yang dikerjakan itu lebih bermakna dan mendapat berkat...sedangkan niat kita itu sudah mendapat pahala (PS:yang baik sahaja!!) apatah lagi dengan lafaz Bismillah...

sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu yang tidak kita ketahui...
be Hepi n alwaz smile :)


Wallahualam~

Friday 11 May 2012

~HaRi iBu~

ASSALAMUALAIKUM...

aku masih bisa meraikan hari ibukan...walaupun ma sudah lama meninggalkan aku..hampir 5 tahun..tapi tak salah rasanya aku meraikan lagi...ramai kata berdosa ke, xsalah ke raikan hari ibu..adakah kita terlalu mengikuti budaya mereka yang hampir menjajah minda dan emosi kita...

bagi aku, hari ibu bukan hanya tertumpu pada hari itu sahaja,, bagi aku tak ada tarikh yang tetap untuk hari ibu mahupun hari bapa..bagi aku setiap hari itu hari ibu...setiap hari itu hari bapa...

selamat hari ibu ma...mintak ampun dan maaf...ipah tak sempat melunaskan tugas dan tanggungjawab sebagai anak, anak sulung perempuan...ipah akan sentiasa kenang jasa, pengorbanan dan penderitaan ma selama 5 tahun sakit buah pinggang...dan keluarga kita...

mereka di luar sana bisa melihat aku kuat, tabah, tak sedih pun bila aku ceritakan semula..tapi di sudut hati dan kalbuku..hanya Allah yang tahu..aku juga manusia yang lemah dan sama seperti mereka, aku juga mempunyai hati dan perasaan..sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...bersyukur lah dengan apa yang ada...jagalah mereka, sayangilah mereka, lindungilah mereka, ziarahilah mereka, balas segala jasa dan pengorbanan mereka..

tanpa mereka, kita takkan pernah berkesempatan melihat dunia tanpa izin Allah...jangan menyesal di kemudian hari....aku sangat merindui mereka...sangat...sangat...tapi aku dah tak boleh melihat mereka, mendengar suara mereka, leteran mereka, senyuman mereka, kasih dan kehangatan mereka memeluk dan menyayangi kita.....melindungi kita...tapi aku tau aku tak selamanya bisa lemah dalam melawan rasa sedih dan pilu...mereka telah pergi..pergi bertemu Sang Pencipta yang Hakiki...

semoga mereka damai di sana..Ya Allah, ampunilah segala dosa dan kekhilafan mereka, sayangi dan kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihi kami sejak kecil, cucuri lah rahmat ke atas roh mereka, lapang dan terangilah mereka di alam sana, tempatkanlah nanti Ayah Ibu kami di tempat paling indah bersamaMu....Amin~

be hepi n alwaz smile :)
Wallahualam~

Wednesday 9 May 2012

~mY pRincE~

ASSALAMUALAIKUM...

Mohd Alif Faqieh Bin Mohd Iramzy
lelaki 
1 tahun 4 bulan 19 hari
Bujang
10231203****
Tumpat, Kelantan
Ungraduated
Tidak ada pengalaman pekerjaan
Tidak pernah bercinta
berminat untuk mencari 'kawan' baru
no telefon??? 01*-9******
Facebook?? maaf, tiada
ini gambar terbaru :)




COMEL TAK???
hehehe :D


be hepi n alwaz smile :)
Wallahualam~

Sunday 6 May 2012

~kek~

ASSALAMUALAIKUM...

 tetiba je aku rasa nak makan kek....nak tunggu ulang tahun sendiri lambat lagi..terima kasih kat sahabat2 aku yang telah belikan aku kek coklat secret recipe untuk ulang tahunku...suka..suka..suka..

ini bukan gambar sebenar..tapi bila tengok je,dah rasa nak makan :)


be hepi n alwaz smile :)
Wallahualam ~

Wednesday 2 May 2012

~joDoh~

ASSALAMUALAIKUM...

siapalah bakal suamiku....sememangnya aku ingin menghabiskan masa remajaku secepat yang mungkin... sebab aku takut..takut dengan azab Allah..kenapa pulakkan??..contohnya.. mereka yang menjadi pasangan kekasih tu keluar bersama, tengok wayang, makan, jalan-jalan itu...kalau mereka jalan asing2 takpe la juga..ni nak pegang2 tangan, peluk2..pe ke henye yop..jadi aku taknak..aku taknak kata2 tu balik pada aku semula...Allah itu maha Adil...

sejak 2 menjak ni..hati aku rasa nak ehemm bercinta ni semakin kuat..hehehe..kawan2 selalu duk ejek aku..tapi aku tak kisah pun..sebab aku tau mereka nak bergurau je..aku ni selalu je..dalam kelas, masa matrik, sekarang kat U..asyik ade love line je..tapi benda tu tak pernah jadi kenyataan..aku tak mintak..tapi benda ni jadi sendiri..betapa kuat Allah menguji aku.. :) tu tanda Allah sayang padaku.. insyaAllah...

tak salahkan kalu aku jatuh sayang pada seseorang padahal orang tu mm mungkin xsuka kat aku..mungkin...ye la, kita kena berusaha..aku dah berusaha...sikit...hehehe.aku dah buka jalan untuk dia..banyak kali pulak tu..tapi setakat ni tak berjaya..takpe..entah la..aku ni pagi, petang, malam asyih teringat kat dia je..sampai terbawa2 dalam mimpi..aku takut...

adakah ini perasaan sebenar, yang suci lahir dari hatiku??...yang dianugerahkan Allah untukku..atau sekadar mainan hati, hasutan syaitan laknatullah yang sememangnya sentiasa ingin melihat anak Adam itu jatuh terjerumus dalam maksiat dan membuat dosa??...aku takut...

dalam setiap sujudku, dalam setiap doaku..aku sentiasa berdoa pada Allah agar Allah tetapkan hati ku...jika dia bukan milikku, dan ini hanyalah salah satu agenda syaitan, maka jauhkan lah dia dariku...hapuskan perasaan ini..agar aku dan dia dapat terus menjadi kawan...sememangnya dari kawan boleh jadi sahabat..tapi bila sahabat itu lelaki, maka ia bisa bertukar menjadi kekasih hati..tapi bukan senang nak jadi sahabat dan kawan kembali.....


namun jika dialah jodohku, bakal imamku dan aku lah pemilik rusuk kirinya..maka Allah, dekatkan lah dia, satukan hati kami dalam satu ikatan yang halal dan suci atas niat kerana Mu Ya Allah...
kita perlu berusaha namun segalanya aku serahkan kepada Allah..Dia lah yang maha mengetahui segalanya...Dia tau apa yang terbaik untukku... :)

'bila dia menjauh,
bila masa membina jarak,
dan jarak membina tembok.

jangan pernah lupa bahawa kita pernah bertanya pada DIA tentang dia,
jangan lupa bahawa kita pernah meminta DIA menjauhkan dia,
bila dia bukan untuk kita.

maka bila dia semakin jauh,
mungkin ini petunjuk dariNYA.
belajarlah kembali menjalani hari dengan sendiri,
belajarlah menerima dengan redha dan lapang dada,
kerana aturan Allah lebih indah dan baik dari yang dijangka.

jangan pernah lupa,
semua hanya boleh berlaku dengan izin dan redhaNYA.
maka bila bukan namanya yang tertulis dalam rencanaNYA,
maka, biarlah DIA menjarakkan dia dari kita.'

namun jika dia lah jodoh kita..
walaupun sejauh mana dia berlari,
sejauh mana masa dan jarak memisahkan
dia tetap akan kembali
mengisi hati dan kehidupan kita
dengan kalimah Allah
insyaAllah
:)

be hepi n alwaz smile :)
Wallahualam~

Tuesday 1 May 2012

~kenangan indah~


ASSALAMUALAIKUM...

penat tu tak payah cakap la....penat tapi menyeronokkan :)
jumaat 27 april 2012...pagi tu de lab mikrobiologi dari pukul 8.30 sampai 11~11.30 pg...
yang dirancang menjadi...dalam pukul 12 kami (aku, fizah, su, fatimah) memulakan operasi...
jalan2 ditengah panas terik sambil makan angin...sampai kembung...hehehe

destinasi pertama RiYaz...tiba2 ada PCFair kt sana...rasa pelik pun ada..hotel dijadikan tempat PCFair ??? tempatnya tak sebesar mana...RM10 je aku habiskan beli 3 barang...yang aku suka..tempat sekitarnya cantik sangat..dengan sungai terengganunya...dengan kapal2nya...dengan cuacanya yang ok, awan yang cantik...memang cantik tempat tu..jadi kami jadikan tempat tu lokasi pertama pengambaran kami..






lepas tu, kami pergi masjid kristal..3 tahun duduk kat Terengganu, aku takpernah menjejakkan kaki kat sana..mm best tu best tapi..disebabkan Nadiah dan Ekin tak pergi..tambah bayaran masuk pun mahal, aku pun tak jadi la masuk..tengok kat luar je dan sembahyang Zohor dalam masjid Kristal tu..



destinasi ketiga ialah Muzium Terengganu..de cerita disebaliknya..tapi disebalik cerita itu, kami xdapat nk tengok dan masuk ke dalam muzium tu...sedihnya.....jadi terpaksa bergambar kat luar je...


destinasi terakhir ialah..Pantai Batu Buruk..tapi rasa malas nak letak gambar tu...wireless tak membenarkan..hihi..teruk!...pape pun kitorang suka sangat walaupun banyak dugaan yang terpaksa dihadapi masa tu, balik kusza pun dah hampir 7.30 malam...tapi Alahamdulillah..Allah permudahkan :) harap2 lepas ni kitorang semua dapat pergi lagi  :D

be hepi n alwaz smile :)
Wallahualam~

Saturday 28 April 2012

~the Horseshoe Crab life~

ASSALAMUALAIKUM...

Rasanya ramai yang tak tahu pasal haiwan belangkas ni atau dipanggil Horseshoe Crab..sekali tengok, macam alien, robot pun ada..menakutkan la... tapi semalam aku pergi biology konvensyen kat stadium KT, mereka duk asyik bercerita pasal belangkas ni..siap tunjuk video lagi...mula2 aku geli tengok..tapi bila sampai part telur belngkas tu, aku tergamam...
Subhanallah..cantiknya..indahnya ciptaan Mu...Subanallah...
aku tak ambil la pulak video dia tu...betul..betul2 cantik..




telur tu, kalau ikut, baby belangkas ni berpusing2 dalam telur tu..tapi tak nampak,kalau dalam video lagi cantik tau...
aku xpernah makan..insyaAllah takkan pernah makan..biarlah dia hidup bebas di lautan...
lagi pun takpernah tengok depan mata pun...so..hehe xakkan makan punya...
banyak kegunaan haiwan ni..darah dia warna lain dari yang lain..warna dia seakan warna susu, keputihan dan kebiruan.....darah dia ade tembaga (copper) sebab tu warna darah dia macam tu..unik.,dia juga boleh keluarkan cecair yang bila kita ambik, proses, kita akan dapat Lysine, sejenis amino asid yang sedang meluas digunakan dalam dunia bioteknologi..
macam2 lagi la kegunaan die...kita je yang tak tahu..tapi, kita tak bunuh die,kite lepaskan balik ke laut lepas kita ambik cecair, darah, dan siap senyawakan lagi telurnya di dalam tabung uji, sebab haiwan ini dah semakin pupus..
YA Allah..sungguh unik yang besar kebesaran dan ciptaan Mu, Ya Allah...
Subhanallah~

be hepi n alwaz smile :)
Wallahualam~

Thursday 26 April 2012

~mum~you are the number for me~

Number One for Me  by Maher Zain

I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I'm here for you
 
For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it's time for you to rise
For all the things you sacrificed

Chorus:

Oh, if I could turn back time rewind
If I could make it undone
I swear that I would
I would make it up to you
 
Mum I'm all grown up now
It's a brand new day
I'd like to put a smile on your face every day
 
Mum I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face every day
 
And now I finally understand
Your famous line
About the day I'd face in time
'Cause now I've got a child of mine
 
And even though I was so bad
I've learned so much from you
Now I'm trying to do it too
Love my kid the way you do

CHORUS

You know you are the number one for me (x3)
Oh, oh, number one for me
 
There's no one in this world that can take your place
Oh, I'm sorry for ever taking you for granted, ooh
I will use every chance I get

To make you smile, whenever I'm around you
Now I will try to love you like you love me
Only God knows how much you mean to me

CHORUS

You know you are the number one for me (x3)
Oh, oh, number one for me
 
mum..you are always number one for me..eventhough you are not around anymore..
i miss you..a lot...wo xiang nin
...i love you mum..really...
YA ALLAH ampunkan dosa kedua ibu bapaku..
sayangilah dan kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani dan menyayangi daku sejak daku kecil lagi....

be hepi and alwaz smile :)
Wallahualam...

Friday 13 April 2012

~asal bau wangi datangnya dari...~

ASSALAMUALAIKUM...

hari rabu 11/04/2012
malam khamis aku mula kemas barang2 sebab keesokannya aku akan balik ke kusza... walaupun hati ini berat, tapi nak buat macam mana...tuntutan dan kewajipan sebagai seorang pelajar menuntut aku untuk terus mengemas barang...padahal kat tepi aku, faqieh tengah lari2, bergelak ketawa, tak jemu melihat telatah si kecil tu..hehehe

hari khamis 12/04/2012..
pagi ini, kepas subuh aku mengemas lagi...wahhh macam byk je barang nk bwk balik..hehehe aku mengemas dan menunggu sampai xsedar tertidur.. dalam pukul 9.13 pagi aku terjaga..adoii byk ag xkemas..bas pukul 2 ptg, tapi aku nak kena bertolak dari rumah pukul 12, takut jam nanti..mmm lpas siap mandi, ak siap2 nak g makan kat pasar besar Tumpat, tempat kak ipar aku berniaga..
dalam pukul 11 aku balik rumah, kejutkan abang..tuggu dia bersiap, aku tertidur lagi...hehehe.. dalam pukul 12.30, perjalanan bermula...dalam perjalanan tu, abang cerita kat aku asal minyak wangi..

"~minyak wangi ini datang dari pokok yang berbau wangi....seperti yang kita sedia maklum, bau wangi ni datangnya dari syurga....mmm kisahnya bermula sejak zaman Nabi Adam a.s dengan Siti Hawa.. setelah diperintahkan oleh ALLAH untuk turun kebumi sebagai balasan kerana ingkar dengan perintah Allah agar jangan mendekati pokok dan buah quldi semasa Baginda didalam Syurga... Nabi Adam a.s diturunkan kebumi di sekitar..mm aku tak ingat nama sebenar tempat tu, tapi sekarang orang panggil tempat tu sebagai Sri Lanka..manakala Siti Hawa pula diturunkan di Jeddah (yang membawa maksud 'nenek')..

nak dijadikan cerita...setelah diturunkan ke bumi, maka menangislah  Nabi Adam meminta keampunan dari Allah selama beberapa tahun..menangis dan menangis dan berdoa...lalu dari air mata Nabi Adam yang jatuh ke bumi, maka dengan kuasa Allah tumbuh la tumbuh-tumbuhan (pokok) yang berbau wangi..bau wangi itu adalah dari air mata Nabi Adam..kerana Nabi Adam a.s sememangnya pernah tinggal disyurga, bau wangi dari syurga itu masih kekal didalam diri Nabi Adam..sebab itu la pokok2 yang tumbuh dari air mata NAbi Adam a.s yang jatuh ke bumi berbau wangi~"

sebab itu, banyak benda yang wangi asalnya dari sri lanka...lepas daripada itu, Nabi Adam pergi berjumpa semula dengan Siti Hawa :)

mungkin ramai dah tahu, tapi baru hari itu aku tahu asalnya bau wangi itu dari mana...Ya Allah sungguh besar kekuasaanMu sehingga tak terjangkau oleh akal dan fikiranku yang hanya singkat ini...daku hanyalah hambaMu yang kerdil....SubhanAllah~

be hepi n smile alwaz :)
Wallahulam~



Monday 2 April 2012

~balik kampung~

ASSALAMUALAIKUM....

tarikh hari ini bersamaan 03 april 2012...
maknanya 2 hari lagi, bermulanya cuti pertengahan semester....
rasa lama dah tak balik rumah....
pape pun rumahku, syurgaku....
rindunyaaaaa nak jumpa faqieh....

aku dah beli tiket
05 april 2012 : 2 petang : MBKT - KB
bersama fizah, su dan hadila...
mmmm tak sabarnya.... hehe :)


harap semua yang dirancang berjalan dengan lancar..
insyaAllah.. :)
be hepi n smile alwaz
Wallahualam~

Saturday 31 March 2012

~perpustakaan~

ASSALAMUALAIKUM~

Setiap hujung minggu, aku mesti habiskan separuh hariku di perpustakaan UniSZA..
almaklum la kat bilik tak dapat wireless..kalau dapat pun mase kelas takpun tengah2 malam...
kadang2 letih juga layan wireless kt bilik ni....tapi nak wat camne..terima la..

berbalik pada hal perpustakaan...aku pergi dalam pukul 11 pagi..setelah bersarapan nasi dengan ayam celuk tepung kat kafe asrama baru....(terjumpa budak kelas, tanya nak buat macam mane discussion lab report, padahal aku sendiri tak siap lagi...sori amir~)

keadaan dalam perpustakaan tu sungguh tenang, takde gangguan dari manusia2 yang datang sini nak belajar...kira ok la,dapat la belajar, buat kerja dan online pada mase yang same...hehehe :D
wireless kat perpustakaan tu??tak payah cakap la....mmm penuh lima bar..lagi aku seronok online, update status ni, itu...

yang aku nak cakap kat sini...ini la suasana perpustakaan dari pukul 11 hingga 3 petang....





totally emptied.....macam ni la keadaannya....ramainya pelajar kat bahagian komputer di bilik sebelah...tapi aku faham...ramai pelajar tak mampu nak beli laptop, jadi perpustakaan juga merupakan 1 medium dan tempat untuk pelajar guna komputer, untuk siapkan segala laporan minggu ni yang nak di hantar minggu depan..sambil2 online ..  :p

biasa la, sekarangkan tengah hujung minggu, setelah lima hari kita belajar..perah otak untuk belajar, siapkan laporan, terlibat program itu, ini...hujung minggu la, kita dapat rehatkan badan, otak dari segi fizikal dan mental...

dah la tak boleh balik kampung...rindu tu tak payah cakap la...susah nak digambarkan...
tapi sedar tak sedar..ni la minggu terakhir kitaorang sebelum cuti pertengahan sem...
walau seminggu tu tak cukup..tapi Alhamdulillah...asal dapat balik,walau sekejap.. :) tu pun dah memadai....

dalam mase 5 jam kat sane, akhirnya siap laporan aku, sempat lagi aku muat turun zikir2 yang boleh tenangkan jiwa aku yang tension dengan belajar...insyaALLAH, Allah sentiasa akan bersama kita dan membantu kita ketika susah mahu pun senang...aku yakin itu....

segala yang buruk itu datang daripada kita, hamba yang lemah...
segala yang baik datang daripada Allah, TUHAN yang MAHA Besar, Maha mengetahui sesuatu yang tidak kita ketahui....
be hepi and alwaz smile :)
Wallahualam~

Friday 30 March 2012

Taubatan Nasuha

Assalamualaikum....
setelah sehari kita habiskan dengan hal dunia...
bila lagi kita nak habiskan sehari kita dengan Allah~
Allah sentiasa bersama kita tak kira kita senang atau susah..
tapi kita??
kebanyakan manusia hanya ingat Allah ketika susah sahaja, mase senang??
belajarlah bersyukur atas setiap nikmat dan bencana yang menimpa kita..
Alhamdulillah Ya Allah..
Terima Kasih Ya Allah
Terima la TauBatku Ya Allah
menangis la untuk Allah..
Minta la keampunanya~
Astaghfirullah~
Ampunkan segala Dosa Kami
Selamatkan lah Kami di Akhirat kelak
Terima la segala Amalan kami
~YA ALLAH~
(ps: ~segala salah silap,mohon maaf ehh~)

~arnab OH arnab~

ASSALAMUALAIKUM~

bosan juga asyik duk kt bilik je....
pg,ptg,mlm....
jadi petang tadi ak ajak la ekin dan su
jalan2..bersenam sikit dan pergi jenguk arnab kat ladang...
mase arnab mula beranak, aku tak nak tengok sebab
anak arnab macam tikus...
eeee~
dah la tak ada bulu, boleh nampak segala isi dalam tau...
tapi bila dah sampai usia seminggu..
aku memberanikan diri..






aii..nak makan pun susah...
i tau la yang i ni terkenal....
No Picture, please~!!!!
:)












si comel tengah tidur...
empuknya 'katil ni'...
hehe~










'anak kecil' perlukan tidur yang cukup untuk tumbesaran yang baik....
hehehe~
kita jangan kacau die la..
be hepi and alwaz smile :)
Wallahualam~



Thursday 29 March 2012

Alif FaQieH, nGah RinDu~

Assalamualaikum~

masih ingat lagi..
saat faqieh dilahirkan..
umi tak rasa sakit..
cuma faqieh songsang semasa umi mengandung..
jadi faqieh lain dari mereka ketika itu..
kecik sangat...
walau macam mana pun, kami tetap sayang faqieh..
faqieh permata hati kami setelah kali terakhir umi melahirkan anak 12 tahun y dulu..  
namun sekarang faqieh dah capai umur 1 tahun 3 bulan 1 minggu..
faqieh dah pandai berjalan
sekarang dah pandai campak barang2 keluar dari raga..
hehehe~ 
sayang...
bila dah besar nanti jangan lupa
pada umi
pada baba
pada ngah
jangan lupa pada kami..
jangan lupa pada keluarga..
sekarang kita susah
tapi Allah dah sediakan rezeki untuk Faqieh
jadi segala keperluan faqieh sekarang masih terjaga
susah sama1
senang sama2
ye sayang~..?
jangan lupa kami..
jadi anak yang baik

salam sayang dan rinDu dari nGah
:)

Wednesday 28 March 2012

Sahabat Dekat Di Hati :)

Assalamualaikum...

dalam sibuk buat kerja ni tiba2 aku teringat 
dekat sahabat2ku yang comel, rajin dan selalu dekat di hati ini...
mereka tengah buat apa ehh
laporan banyak nak kena buat, takkan diorang tidur..
hehehe

sahabat pertama:
-duduk 1 rumah dari sem 1 sampai sekarang
-pergi LI pun sama2
-comel dan baik sangat
-banyak benda yang berlaku antara kami, tapi Allah makin kuatkan silaturahim antara kami :)
-terima kasih sebab masih menjadi sahabat kami

Nur Nadiah Azmi :)

sahabat kedua:
-yang paling tegas 
-yang paling comel
-sangat prihatin pada sahabatnya
-seorang yang selalu bawak kitorang ke jalan yang lurus bila kitorang sibuk berangan benda lain
-kadang2 dia terikut juga hehe
-terima kasih sebab prihatin dan jaga kitorang :)
NurHafizah Tamagi

sahabat ketiga
-kira yang ni paling cantik hehe
-manja2 sikit dan ceria
-kakak (tua 1 tahun) kitorang la juga
-status : hehe
-tak cepat putus (on diet) :)
-terima kasih sebab terima kami dan jadi 1 pasukan' untuk kelas mikrob

Nurul Asikin Zainudin

sahabat keempat
-mmm paling pemalu
-paling keras kepala
-paling tak dengar kata
-tapi sahabat yang paling kami sayang
-sebab dia peramah
-baik, seorang yang boleh simpan rahsia
-terima kasih su sebab sabar dengan kami :)

Suhaida Bebakar

sahabat kelima
-yang paling innocent
-garang diluar tapi lembut di dalam...insyaAllah :)
-sayang sahabat2nya
-nak yang terbaik sahaja untuk sahabat2nya..
-sayang kamu semua.. :)

me :)

pokoknya....
semoga Allah merapatkan lagi silaturahim antara kami
semoga Allah melindungi kami
semoga Allah sentiasa bersama kami
insyaAllah :D

 Frenz 4 eva :)

be hepi n smile alwaz :)
Wallahualam....

Saturday 24 March 2012

Jangan Pandang Pada Rupa :)


Assalamualaikum~

Cantik merupakan salah satu keinginan dan idaman
bagi setiap wanita mahupun sesetengah lelaki..
hehehe

cantik tidak tertumpu pada rupa
cantik boleh tuju pada bunga, baju, rumah...
bunga kat bawah ni namanya Lupin
cantik tak??
macam2 warna ada..
purple, pink, putih, cream, peach...




bunga ini sangat cantik...banyak kegunaannya selain sebagai hiasan...
siap boleh jadi makanan haiwan lagi..
ia mempunyai banyak jenis asid amino
boleh membaiki nitrogen dalam tanah (fungsi macam baja)

tapi disebalik rupanya yang cantik, ade tersembunyi...
12 jenis alkholoids...
ia boleh mendatangkan masalah pada manusia mahupun haiwan...
mereka yang alah pada kekacang
elakkan diri anda makan makanan yang berunsur lupin didalamnya

untuk haiwan, lupin boleh menjadi racun dalam makanan mereka...
percaya tak??
percayalah~

setiap benda yang Allah cipta pasti ade baik buruknya...
yakin dan percayalah...
setiap masalah pasti ada penyelesaiannya..
be hepi n alwaz smile :)
~wallahualam..~