Friday, 13 April 2012

~asal bau wangi datangnya dari...~

ASSALAMUALAIKUM...

hari rabu 11/04/2012
malam khamis aku mula kemas barang2 sebab keesokannya aku akan balik ke kusza... walaupun hati ini berat, tapi nak buat macam mana...tuntutan dan kewajipan sebagai seorang pelajar menuntut aku untuk terus mengemas barang...padahal kat tepi aku, faqieh tengah lari2, bergelak ketawa, tak jemu melihat telatah si kecil tu..hehehe

hari khamis 12/04/2012..
pagi ini, kepas subuh aku mengemas lagi...wahhh macam byk je barang nk bwk balik..hehehe aku mengemas dan menunggu sampai xsedar tertidur.. dalam pukul 9.13 pagi aku terjaga..adoii byk ag xkemas..bas pukul 2 ptg, tapi aku nak kena bertolak dari rumah pukul 12, takut jam nanti..mmm lpas siap mandi, ak siap2 nak g makan kat pasar besar Tumpat, tempat kak ipar aku berniaga..
dalam pukul 11 aku balik rumah, kejutkan abang..tuggu dia bersiap, aku tertidur lagi...hehehe.. dalam pukul 12.30, perjalanan bermula...dalam perjalanan tu, abang cerita kat aku asal minyak wangi..

"~minyak wangi ini datang dari pokok yang berbau wangi....seperti yang kita sedia maklum, bau wangi ni datangnya dari syurga....mmm kisahnya bermula sejak zaman Nabi Adam a.s dengan Siti Hawa.. setelah diperintahkan oleh ALLAH untuk turun kebumi sebagai balasan kerana ingkar dengan perintah Allah agar jangan mendekati pokok dan buah quldi semasa Baginda didalam Syurga... Nabi Adam a.s diturunkan kebumi di sekitar..mm aku tak ingat nama sebenar tempat tu, tapi sekarang orang panggil tempat tu sebagai Sri Lanka..manakala Siti Hawa pula diturunkan di Jeddah (yang membawa maksud 'nenek')..

nak dijadikan cerita...setelah diturunkan ke bumi, maka menangislah  Nabi Adam meminta keampunan dari Allah selama beberapa tahun..menangis dan menangis dan berdoa...lalu dari air mata Nabi Adam yang jatuh ke bumi, maka dengan kuasa Allah tumbuh la tumbuh-tumbuhan (pokok) yang berbau wangi..bau wangi itu adalah dari air mata Nabi Adam..kerana Nabi Adam a.s sememangnya pernah tinggal disyurga, bau wangi dari syurga itu masih kekal didalam diri Nabi Adam..sebab itu la pokok2 yang tumbuh dari air mata NAbi Adam a.s yang jatuh ke bumi berbau wangi~"

sebab itu, banyak benda yang wangi asalnya dari sri lanka...lepas daripada itu, Nabi Adam pergi berjumpa semula dengan Siti Hawa :)

mungkin ramai dah tahu, tapi baru hari itu aku tahu asalnya bau wangi itu dari mana...Ya Allah sungguh besar kekuasaanMu sehingga tak terjangkau oleh akal dan fikiranku yang hanya singkat ini...daku hanyalah hambaMu yang kerdil....SubhanAllah~

be hepi n smile alwaz :)
Wallahulam~



No comments: